currently mood dlm keadaan mendayu2..sebak rase di hati ini..sejuk tenang smuanya bercampur jadi 1..terlalu byk yg di fikirkan sehingga hati tidak tenang memikirkannya...dugaan demi dugaan..cabaran demi cabaran..hidup perlu di teruskan..walau bibir sentiasa ukir tawa tapi hati sentiasa rase sebak ! bila ? YA ALLAH masih sempatkah ?
kematian itu tidak dpt di jangka..mungkin esok lusa tulat atau masih sempatkah tempuh hari esok?
tiada siapa tau.. saat itu semua yg di sayangi semua yg di miliki akan di tinggalkan..
bahagiakah mereka atas kepergian ini ? deritakah mereka atas kehilangan diri ini ?
yang pasti ruang sempit yang gelap gelita di penuhi tanah merah serta ulat tanah yang akan menemani ..
sempatkah aku bertaubat ? sempatkah aku minta keampunan ? sempatkah aku minta maaf ?
YA ALLAH berilah aku kesempatan itu .
hampir 20 tahun hidup di atas muka bumi ini.. sejak itu x pernah sehari pown terlepas dr diri ini menyakiti hati sesiapa..baik keluarga rakan kenalan mahupun musuh..masyaALLAH..telah ramai yg aku telah lukakan hatinya..terutama sekali YA ALLAH aku telah byk berdosa
pada-MU..
HATI, telah byk kau berbisik padaku..segala kebaikan kejahatan aku lakukan atas kehendak kau..ape lagi yg kau mahu ? apa lagi yg kau x puas hati ? x cukupkah kau saketkan hati smua
org ? x cukupkah kau lukakan hati mereka ? YA ALLAH, KAU sinarilah hati kecil ini dgn sinar kebaikan-MU..
MULUT, telah byk kau berkata pdku..segala kebaikan kejahatan aku luahkan atas kehendak kau..segala hinaan cacian makian herdikan kau luahkan tanpa pikir perasaan mereka hati mereka.. kejamnya kau ! YA ALLAH, KAU ampunkanlah aku atas kelantangan mulutku..
sesungguhnya aku x pernah melupakan-MU YA ALLAH cuma diri ini terlalu alpa leka dgn kenikmatan dunia ciptaan sndri..ampunkan hamba-MU yg penuh kedaifan ini YA ALLAH..berilah hamba-MU ini kehidupan yg baik dan berilah hidayah pada hamba-MU ini agar hidupnya tidak terpesong jauh dari akidah ISLAM..
HANYA RAHMATMU SELAMATKANKU
HALALKAN AKU DEKAT PADAMU
No comments:
Post a Comment